Terkejut satu taman bila mak guna pembesar suara masjid cari siapa tendang ‘anu’ anaknya
Sebuah video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan senario seorang wanita sedang mencari individu yang menendang kemaluan anaknya menggunakan pembesar suara di sebuah masjid.
Penduduk setempat dikatakan terkejut apabila mendengar bunyi suara seorang wanita sedang mencari pelaku yang menendang kemaluan anaknya.
“Hoi, anak-anak! Siapa tendang kemaluan si Sarip? Dia pulang dari mengaji dan mengadu kemaluannya sakit.
“Kalau tiada yang mahu mengaku, nanti saya tendang seorang demi seorang. Sarip balik dari mengaji dan menangis,” demikian kata wanita itu ketika menggunakan pembesar suara masjid.
Kanak-kanak tersebut bahkan bukan sahaja diganggu, malah alat sulitnya ditendang. Rakaman yang tular di aplikasi TikTok itu mendapat perhatian netizen dan berjaya membuat netizen terhibur.
Selain itu, netizen juga terfikir fungsi pembesar suara masjid juga dipakai untuk mencari pelaku yang menganggu anak-anak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi seorang ibu tersebut, ada juga mengatakan itulah rasa sayang seorang ibu terhadap anaknya.