TerasMalaysia

Terkunci Si Manja Dalam Kereta

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terkunci Si Manja Dalam Kereta, Ini cara mudah yang mungkin dapat menyelamatkan si manja tanpa pecahkan cermin kereta anda.

Mohon gunakan pengetahuan ini untuk tujuan kebaikkan dan jangan salah gunakan ilmu yang dikongsi.

Pertama, kita memerlukan 2 benda ini. Kedua-dua barang ini sangat mudah untuk diperolehi.

  1. Pelocok atau plunger

2. Pita Pelekat atau ducktape

Kedua, lekatkan pelocok pada cermin kereta seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah

Terkunci Si Manja Dalam Kereta

Ketiga, tampal pita pelekat dibawah pelocok tersebut. Boleh rujuk gambar dibawah sekiranya anda kurang jelas.

Terkunci Si Manja Dalam Kereta

Keempat, pegang kedua-dua pelocok tersebut dengan tangan. Pastikan pelocok tersebut melekat dengan kemas dan ketat.

Terkunci Si Manja Dalam Kereta

Kelima, tarik sekuat mungkin kearah bawah.

Boleh tonton video penuh dibawah ini untuk lebih mudah memahami caranya.

Antara kisah benar dimana anak berusia 2 tahun terkunci didalam kereta.

Kisah 1 :

MELAKA – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas anaknya berusia dua tahun terperangkap di dalam kereta ketika singgah di rumah keluarga, di Taman Limbongan Permai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Abd. Rahman berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.30 malam dan sepasukan 11 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terkunci di dalam kereta jenis Proton Saga.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa lapan minit dan diserahkan semula kepada keluarganya dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Kisah 2 : Ibu panik anak terkunci dalam kereta

KLANG – Seorang ibu panik selepas bayi perempuannya terkunci dalam kereta di hadapan rumah pengasuh di Jalan Mahligai Bandar Bukit Raja petang tadi.

Difahamkan wanita berusia 29 tahun itu baharu pulang dari tempat kerja dan terus ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya yang berusia setahun dan lapan bulan.

Selesai meletakkan anaknya di kerusi bayi, dia kemudian meletakkan beg tangan di bahagian tempat duduk belakang keretanya.

Sebaik menutup pintu tersebut, secara tiba-tiba kereta Honda Civic miliknya terkunci secara automatik.

Buntu dan bimbang keselamatan anak, wanita tersebut terus menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.02 petang.

Menurutnya, pasukan bomba tiba ke lokasi 11 minit kemudian dan mendapati bayi berkenaan berada di tempat duduk depan kereta.

“Bayi tersebut terperangkap hampir 30 minit sementara menunggu kedatangan bomba. Pintu kereta tersebut berjaya dibuka kurang lima minit menggunakan peralatan khas.

“Bayi berada dalam keadaan selamat sewaktu diserahkan kepada ibu mangsa. Operasi tamat sepenuhnya jam 7.34 petang,” katanya.

Sumber berita Kisah 1: Kosmo

Sumber berita Kisah 2 : Sinar Harian

Cara Mudah Hindari “Heart Attack” – Dr Noordin

Leave a Comment