TerasMalaysia

Terlalu asyik main lato-lato sampai tak perasan dekat belakang benda berbungkus tengah tengok

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terlalu asyik main lato-lato sampai tak perasan dekat belakang benda berbungkus tengah tengok. Satu rakaman video tular dalam aplikasi TikTok menunjukkan lembaga seperti pocong melihat dua wanita asyik bermain lato-lato pada waktu malam, lapor portal berita Dream kelmarin.

Dalam kejadian itu, seorang wanita memakai tudung berwana merah jambu dilihat sedang belajar bermain lato-lato, manakala seorang lagi perempuan asyik bermain permainan tersebut.

Pada malam yang gelap gelita baru-baru ini, pocong tersebut berada berhampiran sebatang pokok di belakang kedua-dua wanita berkenaan tetapi mereka tidak menyedari akan kehadirannya.

Terlalu asyik main  lato-lato sampai tak perasan dekat belakang benda berbungkus tengah tengok

Kedua-dua wanita itu ketawa sambil bermain lato-lato, manakala si pocong asyik memerhatikan gelagat mereka.

Video pocong itu menjadi tular sehingga menarik perhatian seorang pesohor YouTube, Ryan Kamisa.

“Betul, itu ada sosok pocong di belakang,” tulis Ryan dalam saluran YouTube Misteri Tapal Batas dan memberitahu bahawa makhluk halus mungkin tertarik dengan lato-lato kerana ia mengeluarkan bunyi nyaring ketika dimainkan.

@horor.rawon Si pocong tau aja yang cakep #pocong #penampakanpocong #pocongasli #latolato #fypage ♬ suara asli – Horor Rawon

Ryan mengingatkan masyarakat untuk tidak bermain lato-lato pada waktu malam kerana bunyi permainan itu dipercayai menarik kehadiran makhluk halus.

BACA:

Wanita maut masa jatuh gaung ‘call’ radio cerita detik-detik yang terjadi, siap mengilai lagi

41 mangsa pelabur Lavida Coin tuntut hak sebanyak RM59 juta dari Dato Vida

Letak mesin gedegang air percuma depan rumah penghargaan kepada rider yang lalu

Leave a Comment