Terlalu seronok raikan penceraian, lelaki ini terima ‘kenangan’ yang tak boleh dilupakan seumur hidup

Terlalu seronok raikan penceraian, lelaki ini terima ‘kenangan’ yang tak boleh dilupakan seumur hidup. Keseronokan seorang lelaki yang meraikan penceraiannya dengan isteri bertukar tragedi selepas dia terjatuh ke dalam lombong kuari di Lagua Azul yang terletak di Campo Magro, Brazil.

Patah leher dan pinggang

Terlalu seronok raikan penceraian lelaki ini terima kenangan yang tak boleh dilupakan seumur hidup

Memetik laporan portal Mirror, mangsa, Rafael dos Santos Tosta mengalami kecederaan patah di bahagian leher dan pinggang selepas tali yang mengikat kakinya tiba-tiba terputus dan menyebabkannya jatuh terjunam kira-kira 21 meter ke dalam lombong.

Dalam pada itu, pemuda berusia 22 tahun itu mendedahkan bahawa tindakannya melakukan aktiviti berunsurkan ekstrem itu adalah untuk menikmati kehidupannya sebaik mungkin selepas bercerai dengan isterinya.

Selepas bercerai, saya ingin menikmati kehidupan dalam setiap cara yang mungkin dan melakukan banyak perkara gila.

Difahamkan juga, Rafael ke lokasi tersebut bukan sahaja untuk meraikan penceraiannya malah untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-22 dengan melakukan aktiviti bungee jumping bersama tiga orang lagi sepupunya.

Rafael itu kini dalam keadaan yang stabil dan sedang menjalani rawatan terapi intensif.

BACA:

Ini cara yang senang nak baiki tv rosak berjalur, rupanya guna salotape je, jimat tenaga dan duit

Gara-gara suami jalan hukum dalam penjara, wanita ini sanggup buat ‘bersama’ dengan anak lelakinya

Wanita sempat rakam kelakuan ‘pervert’ lelaki ini dalam bas, siap ramas-ramas kusyen

Leave a Comment