TerasMalaysia

Terlalu tenang dan tiada masalah dalam perkahwinan, wanita tekad fail cerai terhadap suami

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terlalu tenang dan tiada masalah dalam perkahwinan, wanita tekad fail cerai terhadap suami. Perempuan memang complicated dalam segala hal. Sebelum memilih suami, kebanyakan daripada golongan perempuan akan sentiasa berdoa mahukan suami yang baik, setia, penyayang dan nilai-nilai positif yang lainnya.

Berlainan pula dengan seorang wanita dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memfailkan perceraian dengan alasan suami yang dinikahi setahun lalu terlalu baik sehingga menyebabkan beliau ‘lemas’ dengan ‘perhatian dan cinta ekstrem’nya.

Wanita tersebut memberitahu beliau terpaksa menanggung dunia perkahwinan seperti ‘setahun berada di dalam neraka’ dan ‘bebas kekejaman’ kerana suaminya selalu membantu dalam melakukan kerja rumah dan memberikan hadiah.

Si suami juga terlalu baik apabila sanggup berdiet dan melalui rutin latihan sehingga patah kaki gara-gara wanita tersebut memberitahu berat badan beliau sudah naik.

Wanita tersebut turut merungut kerana perkahwinan mereka bebas daripada pergaduhan akibat daripada perangai suaminya yang selalu memaafkannya dan memberikannya hadiah pada setiap hari.

Terlalu tenang dan tiada masalah dalam perkahwinan, wanita tekad fail cerai terhadap suami

“Saya perlukan perbincangan sebenar termasuklah pergaduhan, bukan kehidupan yang penuh dengan kepatuhan. Saya lemas dengan kasih sayang beliau. Beliau turut membantu saya dalam melakukan kerja rumah walaupun tanpa saya suruh.”

Keputusan isterinya tetap tidak mematikan kasih sayang si suami kerana si suami terus merayu agar mahkamah tidak membenarkan perceraian itu berlaku.

“Tidak adil untuk menilai perkahwinan pada tahun pertama perkahwinan dan semua orang belajar daripada kesilapan termasuklah saya. Saya sentiasa berharap agar saya menjadi suami terbaik dan baik.”

Mahkamah akhirnya memutuskan untuk penangguhkan kes tersebut dan meminta agar pasangan itu berbincang kembali.

BACA:
Langkah dan hal yang perlu dilakukan jika terdengar bunyi pasir jatuh dari atap bumbung
Kecoh satu majlis! Wanita ini rempuh khemah kahwin sampai depan pelamin
Berang dengan jiran sebab guna lesung batu lewat malam, penduduk sepakat tampal notis tanda amaran

Leave a Comment