
Terlampau cerdik pasal ilmu, sanggup keluar kawasan sebab tak nak solat jumaat
Solat Jumaat adalah solat dua rakaat yang didirikan pada hari Jumaat menggantikan Solat Zohor dan wajib dikerjakan ke atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu berdasarkan firman Allah S.W.T dalam Surah al-Jumu’ah, ayat 9.
Pengecualian Solat Jumaat kepada orang musafir juga berdasarkan kepada perbuatan Nabi Muhammad ﷺ yang tidak melakukan Solat Jumaat ketika Baginda ﷺ bermusafir dalam perjalanan menunaikan haji yang mana hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, maka Nabi ﷺ telah melakukan Solat Zohor dan Asar secara jamak.
Namun, terdapat segelintir mereka di luar sana yang berkelakuan cuba menjadi sedikit ‘cerdik’ dan bagaikan mengetahui ilmu agama lebih hebat iaitu dengan membuat cubaan bermusafir pada hari Jumaat semata-mata untuk tidak mahu menunaikan solat tersebut.
Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Mohammad Faeez Harith. Mari kita ikuti.
Menurut Faeez, jarak dari Ampang ke Setia Alam tak sampai 2 marhalah. Maka, ia dikira sebagai bukan musafir.
Pelaku perbuatan ini haruslah bertaubat kepada Allah kerana terdapat 2 perbuatang yang sengaja dilakukan.
Yang pertama, sengaja bermusafir pada setiap hari Jumaat untuk tak solat Jumaat dan yang kedua, sengaja meninggalkan solat Jumaat.
Menurut penerangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa sebab gugurnya solat Jumaat kepada para musafir sekiranya memenuhi syarat seperti diterangkan di dalam gambar di bawah.

Menurut pendapat yang muktamad di dalam Mazhab al-Syafi’e, sekiranya permusafiran pada hari Jumaat dilakukan sebelum fajar, maka gugur ke atasnya untuk melakukan solat Jumaat.
Semoga kita semua dihindari daripada perbuatan yang sia-sia ini.