Terlanjur sampai tak sedar diri hamil, wanita nekad buang bayi lepas bersalin sendiri dalam tandas. Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Mexico mengaku telah membungkus bayi yang baru dilahirkannya di dalam beg plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Tak sedar diri sarat hamil?
Suspek iaitu Alexee Trevizo berusia 19 tahun telah terlanjur dengan teman lelakinya sehingga hamil. Tetapi dia tidak sedar bahawa dirinya berbadan dua malah menjalani kehidupannya sebagai seorang pelajar seperti biasa termasuk aktif dalam aktiviti sekolah seperti kumpulan sorak dan sebagainya.
Sehinggalah pada suatu hari iaitu semasa kandungannya cecah 9 bulan, Alexee telah ke hospital kerana sakit bahagian belakang. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa Alexee sebenarnya hamil tetapi dinafikan oleh remaja tersebut.
Pada hari yang sama (27 Januari), Alexee telah ke tandas hospital tetapi apa yang peliknya, dia berada dalam tandas tersebut hampir 30 minit. Rupa-rupanya, Alexee telah melahirkan bayinya di dalam tandas tersebut bersendirian tanpa pengetahuan orang lain termasuk ibunya.
Mengaku bungkus, buang bayi
Apa yang peliknya, bayi terbabit langsung tidak menangis dan Alexee kemudian membungkus bayi malang itu menggunakan beg plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah. Untuk mengelakkan syak wasangka ramai, Alexee meletakkan bungkusan tersebut pada bahagian paling bawah dan meletakkan sampah sarap di atasnya.
Setelah selesai, Alexee keluar dari tandas seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun segala-galanya terbongkar selepas tukang cuci merasa pelik melihat banyak tisu berdarah di dalam tandas selain tong sampah yang agak berat. Pihak hospital kemudian memaklumkan kepada ibu Alexee mengenai penemuan mayat bayi itu.
Wanita itu akui sangat terkejut kerana dia langsung tidak menyedari bahawa selama ini anak gadisnya itu berbadan dua. Selepas diasak, Alexee mengaku dia telah membuang bayi tersebut ke dalam tong sampah. Ujarnya, selepas melahirkan, dia melihat bayi itu tidak bergerak dan langsung tidak menangis.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa mengambil keterangan Alexee dan gadis itu kini telah dibebaskan dari penjara buat sementara waktu sementara menunggu perbicaraan.
@ang_skellington87 Hospital video showing Alexee Treviso running to the bathroom where she left her baby to die in the trash can. He was nearly feet away from safety😞 #JusticeForBaby #AlexeeTreviso #Murderer #Fyp #ViralTikTok #ViralVideos ♬ original sound – 🕸Angie_Tru87🕸