TerasMalaysia

Terpengaruh filem Spiderman, budak lelaki selamba biar diri digigit labah-labah berbisa

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terpengaruh filem Spiderman, budak lelaki selamba biar diri digigit labah-labah berbisa

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun telah dikejarkan di hospital setelah sengaja membiarkan labah-labah ‘Black Widow’ mengigitnya dengan harapan mendapat ‘Super Power’ seperti watak adiwira Spiderman.

Kejadian berlaku di perbandaran Vichuloma, dekat bandar Oruro, tengah Bolivia.

Budak lelaki dengan identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan bermain berhampiran sungai dekat rumahnya apabila dia menemui labah-labah tersebut di bawah batu besar.

Tanpa memikirkan kesan gigitan labah-labah beracun itu, dia meletakkan haiwan itu di atas tangannya dengan harapan untuk digigit.

Selepas pulang ke rumah, dia mula mengalami gejala seperti sakit badan dan kekejangan otot yang sangat teruk. Setelah tiga jam kesakitan, barulah dia memberitahu ibu bapanya.

Mereka membawanya ke pusat kesihatan di bandar jiran sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Juan de Dios di Oruro.

“Kanak-kanak itu, tanpa mengambil kira risiko, mengambil dan meletakkan labah-labah Black Widow di belakang tapak tangan di mana ia meninggalkan kesan gigitan,” kata ketua Program Penyakit Zoonotik Perkhidmatan Kesihatan Jabatan Oruro, Vásquez kepada agensi berita EFE.

Selepas mengenal pasti spesies labah-labah itu, doktor memberikan penawar yang betul dan keadaan budak lelaki itu menjadi stabil dalam tempoh 30 minit kemudian.

Baca : Lelaki bengang khidmat urus kucing mempergunakan agama untuk berniaga, rupanya syarikat itu…

Leave a Comment