TerasMalaysia

Tersedak bayi selepas ibu sendiri hulur vape dalam mulut anaknya, siap ketawa lagi dengan kawan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tersedak bayi selepas ibu sendiri hulur vape dalam mulut anaknya, siap ketawa lagi dengan kawan

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita tergamak memberi bayi menghisap rokok elektronik atau vape mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang wanita didengari bertanya kepada seorang bayi lelaki, ‘Mahu cuba?’, sebelum memasukkan vape ke dalam mulutnya.

Dalam video lain, seorang rakan kepada wanita tersebut ketawa selepas bayi berusia 10 bulan itu tersedak ketika menyedut asap.

Polis New South Wales di Australia telah memuat naik video tersebut dan memeriksa keadaan seorang bayi di Mid-North Coast. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Orang ramai di ruangan komen menggesa bayi itu diambil daripada ibunya.

“Siapa yang tergamak memberi anak mereka hisap vape? Sila matang dan jadi ibu yang lebih baik,” komen seorang netizen.

Bagaimanapun, wanita itu mempertahankan dirinya ketika membalas komen netizen.

“Semua orang bercakap mengenai saya dan bayi saya, lihat sendiri latar belakang diri sendiri. Anda juga tidak sempurna jadi teruskan mengkritik, anda juga tidak berguna,” katanya.

Sumber

Baca : Penduduk berang pelajar tahfiz buat bising masa lewat malam, siap ‘karaoke’ dengan kawan

Leave a Comment