Terungkai sudah siapa pemilik sebenar nombor plat ‘FF 1’, dibayar dengan harga paling tinggi setakat ini

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Terungkai sudah siapa pemilik sebenar nombor plat ‘FF 1’, dibayar dengan harga paling tinggi setakat ini. Nombor pendaftaran kenderaan siri ‘FF’ merupakan salah satu nombor siri yang menjadi perhatian ramai selain nombor siri ‘AMG’.

Ketiadaan nombor siri ‘FF 1’ di dalam sistem JPJeBid telah menjadi tanda soal orang ramai yang berteka-teki siapakah pemiliknya.

Sebentar tadi Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke memuat naik hantaran Facebook di mana beliau menghadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat ‘FF 1’ kepada Tuanku yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut.

Terungkai sudah siapa pemilik sebenar nombor plat 'FF 1', dibayar dengan harga paling tinggi setakat ini

“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut!

“Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan!” kata YB Anthony Loke.

Tambah beliau lagi, bayaran itu menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta, sebelum ini hanya RM34.29 juta.

Sementara itu anda boleh lihat lagi nilai-nilai bidaan tertinggi bagi nombor plat FF yang lain di hantaran Instagram yang kami kongsikan di bawah.

BACA:
Wanita kecewa kedai makan popular jual barang yang tak berkualiti, beli nasi goreng dapat bahan ‘tambahan’
Gara-gara jalan sempit dan tubuh terlalu besar, penduduk sepakat bawa lelaki ini ke hospital menggunakan forklift
Asal usul “Chicken chop” yang ramai tak tahu, mati-mati ingat dari negara barat

Leave a Comment