TerasMalaysia

Tetamu jadi mangsa cabul lepas hadiri perkahwinan pasangan songsang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tetamu jadi mangsa cabul lepas hadiri perkahwinan pasangan songsang

Satu insiden menggemparkan penduduk tempatan apabila terbongkar satu majlis perkahwinan sejenis yang dihadiri ramai pasangan bernafsu songsang.

Dalam kejadian di bandar selatan Ekpan di Warri, Delta, Nigeria, pihak berkuasa menyerbu lokasi yang menganjurkan acara meraikan perkahwinan pasangan gay dan menahan 67 suspek yang terlibat.

Jurucakap pihak polis Delta, Bright Edafe, dalam satu kenyataan berkata pada mulanya 200 individu ditahan berikutan maklumat awam berhubung perkahwinan itu, namun sebahagian besarnya dibebaskan.

Maklumat mengenai perkahwinan itu diperoleh hasil siasatan polis terhadap seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita pada 27 Ogos lalu.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu tidak dinyatakan maklumat terperinci masa serbuan itu dilakukan.

“Pegawai polis mengejar dan menahan sejumlah 67 suspek kerana mengatur dan menghadiri majlis perkahwinan sejenis tersebut.

“Siasatan lanjut mendedahkan ada seorang tetamu mabuk yang ketika ditahan, disyaki sudah menjadi mangsa dicabul oleh seorang suspek yang pada masa ini masih diburu pihak polis,” kata Bright.

Bright menambah, mereka yang ditangkap akan didakwa tidak lama lagi di mahkamah.

@og_blogger_tv

Delta State Police Command Parades Crossdressers Who Were Arrested At A Gay Wedding Ceremony. #goviral

#goodvibes #guy #weddingtiktok #wedding #wed #police #deltestate

♬ original sound – Og_blogger_tv

Di Nigeria, seperti di kebanyakan negara Afrika, hubungan homoseksual tidak diterima dan undang-undang anti-gay dikuatkuasakan sejak 2013 lagi.

Berpakaian bertentangan jantina tidak menyalahi undang-undang di negara itu tetapi perbuatan itu cenderung tidak diterima secara sosial.

Undang-undang anti-gay di negara itu termasuk hukuman penjara sehingga 14 tahun bagi mereka yang disabitkan bersalah dan melarang perkahwinan gay, hubungan sejenis dan penubuhan keahlian kumpulan gay.

Sumber

Baca : Pemilik luah rasa kecewa, pelanggan selamba bayar murah lepas pesan ‘lobster king’ dakwa harga terlalu mahal

Leave a Comment