TerasMalaysia

Tetamu terkejut bila dipaksa bayar RM109 oleh tuan rumah lepas hadir majlis makan malam yang dianjur

Tetamu terkejut bila dipaksa bayar RM109 oleh tuan rumah lepas hadir majlis makan malam yang dianjur. SIAPA yang tidak gembira apabila mendapat jemputan untuk menghadiri jamuan makan.

Bukan sahaja dapat menikmati aneka makanan secara percuma, tetamu juga berpeluang untuk berkenalan dan menghabiskan masa dengan bersantai bersama-sama.

Namun lain pula halnya dengan perkongsian seorang individu mengenai majlis jamuan yang dihadirinya baru-baru ini.

“Kami dijemput ke rumah kawan untuk makan malam. Kami bawa bersama sebotol wain yang bagus sebagai buah tangan.

“Selepas menikmati aneka makanan enak, tuan rumah kemudian menghantar mesej untuk meminta wang daripada setiap tetamu. Bagi saya, ini tak masuk akal!

Tetamu terkejut bila dipaksa bayar RM109 oleh tuan rumah lepas hadir majlis makan malam yang dianjur

“Dan saya tak rasa ada yang mahu membayarnya jika saya bertanya kepada mereka!” luahnya dalam forum Mumsnet.

Menurut individu berkenaan, setiap tetamu dikenakan bayaran berjumlah Rs2,000 (RM109.57).

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang meluahkan rasa geram malah mengecam tuan rumah.

Bagi mereka, sekiranya mahu mengenakan bayaran, tuan rumah sepatutnya memaklumkan tetamu lebih awal untuk menampung kos makanan mereka sendiri.

Bagaimanapun individu berkenaan tidak menyatakan sama ada dia dan tetamu lain membayar untuk makanan masing-masing.

BACA:
Bengang selalu dapat ‘bad review dari influencer’, pemilik kedai sanggup ludah makanan bagi pelanggan
Berang suami kerap mengaku duda dan tukar nama, wanita upload gambar dalam facebook tanda amaran
Wanita nekad pindah rumah lepas dijenguk ‘kawan lama’ masa hari raya

Leave a Comment