“The one & only Mafia title for sale”- Azhar Sulaiman buka harga bidaan nombor plat MAF14 dengan harga RM1.85 juta
Pelakon tanah air, Azhar Sulaiman mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF 14 pada harga bidaan bermula RM1.85 juta.
Berdasarkan hantaran dibuat pelakon itu di laman instagram @azharbsulaiman, beliau menunjukkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) miliknya dan meminta ada ‘Mafia’ yang benar-benar mahukan nombor plat berkenaan.
“The one & only Mafia title for sale. Bidding starts at RM1.85 mil. If you’re the real Mafia, call 012-6669777.
“Are you the real Mafia in Malaysia? Call lah kalau berani,” tulisnya di kapsyen.
Meskipun ada yang mengatakan pemilik asal nombor plat ini milik kepada abang Perdana Menteri ke-10, Azhar menyangkal kenyataan tersebut.
“Silap. Tiada nama individu lain di atas geran ini,” jelasnya.
Di ruangan komen, rata-rata tertarik dengan nombor plat berkenaan dan menyatakan hasrat untuk memilikinya.
Azhar Sulaiman membuat tawaran untuk menjual nombor plat kenderaan MAF14 yang bermula dengan harga bidaan sebanyak RM1.85 juta.
DI TikTok, Azhar menyatakan nombor plat kenderaan tersebut dipercayai hanya dimiliki olehnya sahaja.

“The one & only Mafia title for sale. Bidding starts at RM1.85 mil. If you’re the real Mafia, call 012-6669777.
“Are you the real Mafia in Malaysia? Call lah kalau berani,” tulisnya di kapsyen.
Meskipun ada yang mengatakan pemilik asal nombor plat ini milik kepada abang Perdana Menteri ke-10, Azhar menyangkal kenyataan tersebut.
“Silap. Tiada nama individu lain di atas geran ini,” jelasnya.
Di ruangan komen, rata-rata tertarik dengan nombor plat berkenaan dan menyatakan hasrat untuk memilikinya.
“Berminat bang tapi duit belum ada.
“Peh nombor iluminati ada luck seh.
“Dulu masa hantar barang memang minat no plate ni,” komen netizen.