Tiba-tiba menjerit ketika menunaikan umrah, tak dapat melihat Kaabah gara-gara ilmu hitam dan salah guna duit

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Follow TERASMALAYSIA

Tiba-tiba menjerit ketika menunaikan umrah, tak dapat melihat Kaabah gara-gara ilmu hitam dan salah guna duit.

Dapat melihat Kaabah di depan mata merupakan nikmat terbesar bagi setiap muslim kerana bukan semua berpeluang melihat Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat islam seluruh dunia itu.

Pun begitu, kisah atau kejadian tidak dapat melihat Kaabah selalu diceritakan kepada kita untuk dijadikan pengajaran dan tauladan atas ujian yang diberikan Allah S.W.T.

Selain itu, ada juga yang mengaitkan bahawa ketika di Mekah, Allah S.W.T akan membalas perbuatan seseorang itu secara ‘tunai’ dan ini menyebabkan ramai yang takut dan gentar untuk ke tanah suci baik untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Dalam masa yang sama, niat seseorang itu juga boleh mempengaruhi ibadah serta kejadian yang akan berlaku pada seseorang disana.

Kisah Tidak Dapat Melihat Kaabah

Tiba-tiba menjerit ketika menunaikan umrah, tak dapat melihat Kaabah gara-gara ilmu hitam dan salah guna duit

Baru-baru ini, jemaah yang sedang berada di tanah suci Mekah itu dikejutkan dengan suara seorang wanita yang meraung ketakutan kerana dikatakan bahawa dia tidak dapat melihat Kaabah.

Menurut apa yang diceritakan, dia didakwa mengamalkan beberapa ilmu yang sememangnya haram di sisi agama islam.

Selain dari itu, ramai juga yang turut berkongsikan kejadian itu adalah benar terjadi dan pernah melihat orang terdekat dengan mereka yang mengalami perkara yang sama.

Dikatakan ada seorang lelaki yang pergi ke Mekah tidak dapat melihat Kaabah dan apabila ditanya oleh mutawif, dia mengakui dengan penuh penyesalan bahawa dia telah menggunakan harta anak yatim sebagai persiapan dan bayaran segalanya untuk ke tanah suci itu.

Menurut sebuah lagi kisah yang terjadi kepada jemaah dari Malaysia, seorang wanita warga emas pergi menunaikan umrah bersama rakannya, namun rakannya memperlekehkan perjalanan ke Mekah itu sama sahaja seperti ke Singapura sahaja.

Malang sekali, setibanya di tanah suci, wanita tersebut dikatakan tidak dapat melihat Kaabah gara-gara ayat yang diltuturkan sebelum berangkat ke tanah suci tersebut.

Sekiranya seseorang itu tidak dapat melihat Kaabah, ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka sedang diuji dan Allah S.W.T ingin meningkatkan keimanannya.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang tidak dapat melihat kaabah, pastinya dia akan meminta ampun, melakukan solat taubat berkali-kali dan menyesali atas apa yang dia telah lakukan sebelum ini dan tidak akan kembali melakukan kemungkaran tersebut lagi.

BACA:
Penumpang e-hailing buka cerita sedih tentang pemandu, rupanya lakukan 3 pekerjaan demi menampung keluarga
Sejarah menunjukkan orang melayu berasal dari keturunan Qantura, bangsa dari keturunan Bani Israel yang hilang
Budak 16 tahun ‘dipaksa’ layan nafsu bomoh sebanyak 4 kali, dakwa buang ‘pendamping’ yang ada

Leave a Comment