TerasMalaysia

Tiga Rumah Rosak, 66 Hampir Roboh Kerana Fenomena Air Pasang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tiga Rumah Rosak, 66 Hampir Roboh Kerana Fenomena Air Pasang

Fenomena air pasang besar melanda di Kampung Buah Pandai, Kota Belud, tengah malam tadi telah merosakkan tiga buah rumah manakala 66 lagi dikuatiri roboh.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, ketiga-tiga rumah atas air berkenaan mengalami kerosakan lantai dan beranda sebuah rumah dilaporkan roboh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah malam.

Katanya, sepasukan 18 anggota dan pegawai bersama jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pacuan empat roda serta lori terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebanyakan rumah di perkampungan berkenaan terancam berikutan fenomena air pasang besar.

“Dianggarkan sebanyak 66 rumah lagi turut terancam selain 10 peratus kerosakan pada keseluruhan jambatan di kampung berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, semua mangsa sudah berpindah ke rumah saudara-mara manakala sebahagian kecil pula berpindah ke Masjid Kampung Buah Pandai.

Katanya, pemantuan masih dijalankan oleh pasukan operasi bomba di sekitar lokasi kejadian.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ketika ini keadaan air laut dilihat semakin surut.

“Pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.18 pagi ” katanya.

Kesan Bencana Banjir, Harga Sayur Meningkat 3 Kali Ganda

Leave a Comment