Tiktoker islam buat content makan babi, baca bismillah sebelum suap ke mulut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tiktoker islam buat content makan babi, baca bismillah sebelum suap ke mulut

Walaupun selepas membaca kalimah Bismillah, daging yang haram umpamanya seperti babi, masih tetap haram untuk dimakan oleh umat Islam.

Seorang TikToker asal Indonesia yang dikenali sebagai @lilumukerji apabila sanggup menelan kulit dan daging babi secara sedar walaupun mengaku beragama Islam.

Menerusi video yang dikongsi, dia telah memuat naik konten menjamah makanan berlaukkan kulit babi. Ujarnya, dia tahu perkara tersebut dilarang dalam agama namun disebabkan perasaan ingin tahu, dia rela melanggar apa yang telah termaktub di dalam al-Quran.

Tambahnya, dia sebenarnya sudah tiga kali menjamah daging babi dan apa yang dilakukan didalam video itu adalah kali ketiga dan secara sedar. Dia juga sempat menyebut ‘bismillah’ sebelum menyuap kulit babi ke mulut.

https://www.tiktok.com/@lilumukerji/video/7208429147918486810?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7179897932660098562

Dalam video itu lagi @lilumukerji turut berseloroh mungkin selepas video ini ditayangkan, dia akan dibuang dari keluarga dan tahu tindakan yang dilakukan ini melanggar rukun iman sebagai seorang muslim.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakannya yang menggadaikan kesucian Islam hanya disebabkan konten di TikTok.

Namun, dia seolah-olah ‘kebal’ dengan kecaman dan tetap mengunggah video seperti biasa tanpa merasakan dirinya telah melakukan dosa besar.

Sumber

Baca : Terjumpa serbuk koko luput tahun 1998, lelaki ini terduduk lepas rasa air yang dibuat

Leave a Comment