Tindakan Biadab Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa Mengundang Kecaman Malaysia

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tindakan Biadab Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa Mengundang Kecaman Malaysia

Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab seorang menteri rejim Israel menceroboh masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, perbuatan terkutuk tokoh tersebut adalah jelas satu bentuk provokasi jahat ke atas status-quo kawasan Baitulmaqdis sendiri.

“Justeru, Malaysia melaknat dengan tegas aksi tindakan pencerobohan kurang ajar oleh menteri berkenaan ke atas kedudukan kompleks masjid Al-Haram Al-Sharif.

Itamar Ben Gvir diiringi seorang rabi Yahudi menceroboh salah satu kawasan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis

“Malaysia juga mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dan usaha untuk mendapatkan kebebasan dan merealisasikan aspirasi untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka serta berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, Itamar Ben-Gvir melawat kompleks Masjid Al-Aqsa, sehari selepas beliau mengumumkan untuk menangguhkan lawatan itu.

Palestin dan beberapa negara Arab menyifatkan lawatan berkenaan sebagai “provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini” dan “pengisytiharan perang”, lapor Agensi Anadolu.

Gaji Lumayan Sehari RM80K, Kerja Hanya 6 Bulan Sahaja

Leave a Comment