Tindakan kurang cerdik yang dilakukan lelaki ini membawa padah, cuba pecah tabung masjid guna tangan

Tindakan kurang cerdik yang dilakukan lelaki ini membawa padah, cuba pecah tabung masjid guna tangan. WALAUPUN gagal memecahkan tabung masjid di Kerian, Perak, pihak polis tetap terus memburu individu terbabit dalam kegiatan tersebut yang terjadi pada petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusof berkata, pihaknya pada Ahad menerima satu video tular berdurasi seminit 239 saat itu pada Ahad memaparkan cubaan individu terbabit cuba memecahkan tabung di sebuah masjid.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ia berlaku di Masjid Kampung Jawa, Bagan Serai, Perak kira-kira jam 1 petang pada Selasa lalu dan laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan masjid tersebut pada hari sama di Balai Polis Bagan Serai.

“Hasil siasatan mendapati pelaku gagal memecahkan tabung tersebut dalam tiada sebarang kerugian berlaku, namun pihak polis tetap berusaha mengesan pelaku kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 308 dan 511 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tindakan kurang cerdik yang dilakukan lelaki ini membawa padah cuba pecah tabung masjid guna tangan

Mengulas lanjut tentang kes seumpama itu, Juna memaklumkan pihaknya sebelum ini pernah menangkap dan menyelesaikan kes-kes pecah tabung masjid di Kerian.

Malah katanya, pelaku terbabit telah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan info keapda balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di talian 05-7212222,” katanya.

BACA:

Pekerja wanita diugut majikan sendiri, paksa ‘staycation’ bersama syarat untuk sambung kontrak bekerja

”jilat situ baru jadi penguat rumahtangga” – Fatin Fauzi dikecam buka group telegram ajar pasangan cara ‘bersama’

Terlalu terbuka dan memburukkan imej Islam, Fatin Fauzi bakal berdepan dengan JAKIM

Leave a Comment