Tinggal sekejap untuk urusan lain, Tiktoker terkejut tengok gumpalan rambut dalam laksa yang direbus.
Dalam adat berniaga, ada bermacam-macam cabaran yang terpaksa dihadapi peniaga. Selain berhadapan risiko tentang untung rugi, ada juga yang terkena buatan orang akibat perasaan dengki.
Seorang TikToker terkenal, Prince Syed dan isterinya baru-baru ini mendedahkan mereka mengalami kejadian mistik apabila muncul segumpal rambut dalam laksa yang direbus untuk dijual.
Prince Syed yang juga merupakan seorang usahawan yang pernah tular menjahit 120 pasang baju raya untuk isteri mendakwa mereka memasak laksa yang baharu buat kali kedua, namun turut berlaku kejadian sama.
Menerusi video yang dikongsikan, Prince Syed menunjukkan gumpalan rambut yang muncul dalam periuk laksa yang sedang direbus.
“Hari ni cadang niaga laksa sebab ramai rindu nak makan laksa kami. Kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mi laksa kejap ja sebab sebab solekkan isteri sambil tunggu laksa masak.
“Alih-alih ni jadinya. Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Prince Syed juga mendakwa kuah laksa mereka mudah cepat basi walaupun baru sahaja dimasak.
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ada juga yang turut berkongsi kejadian serupa.
Dalam pada itu, ada juga mencadangkan supaya pasangan tersebut membawa gumpalan rambut itu ke makmal bagi menjalani proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
@syed.fatin.jaeden.haifa ya Allah , wife menangis jadinya , takper , bukan rezeki , cuma penat sangat sebab pagi2 dah bangun mekapkan wife , dah lah x rehat sbb semalam event seharian , harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kitaorang , maafkan kami , kami x kuat dah … 😭😭😭 kami tinggalkan mee laksa kejap jer sebab mekapkan wife sambil2 tunggu mee laksa siap masak , alih2 tengok ni jadinya , 2 kali rebus tetap sama 😭 mimpi ke apa ni , tqqqq kepada yang buat kami camni
♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa