Tinggi ilmu pakcik ni, selamba tegur ‘cik pon’ tengah duduk sambil tengok tv di sebuah hospital

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tinggi ilmu pakcik ni, selamba tegur ‘cik pon’ tengah duduk sambil tengok tv di sebuah hospital

Sudah menjadi lumrah bagi mereka yang bertugas sebagai pengawal keselamatan atau ‘pak guard’ untuk berhadapan dengan makhluk ini ketika bertugas di waktu malam.

Satu video di TikTok, seorang pak guard didakwa telah merakam satu kelibat yang dilihat sedang khusyuk menonton televisyen di dalam sebuah klinik kerajaan pada tengah malam.

@rechaaroi

Pesakit pertama…lama sngat tunggu Klinik dirasmikan bulan 3 dia tngok tv dulu lah.. hebat guard ni kalau aku ketaq kaki dah. credit to :group taman #klinikkesihatanpauh

#ceritaseram #fyp #perlis

♬ original sound – sha aten – sha aten

Video itu memaparkan pengawal keselamatan berkenaan dilihat menyuluh ke dalam ruang menunggu klinik kerajaan yang didakwa baru dibuka di Perlis.

Kemudian kelihatan kelibat entiti tersebut yang didakwa pontianak sedang duduk di kerusi sambil melihat TV yang terpasang di ruang berkenaan.

Video berkenaan ternyata mendapat perhatian netizen yang tabik dengan keberanian pakcik pengawal keselamatan itu dengan selamba menegur entiti tersebut.

Malah ramai juga berseloroh kemungkinan besar entiti tersebut sedang menunggu nombor gilirannya yang belum dipanggil.

Sumber

Baca : Netizen korek komen lama dekat gambar Uqasha dan Kamal, jumpa benda-benda yang berbaur dendam

Leave a Comment