Tingkah laku Ustaz Azhar Idrus masa ceramah dekat masjid sangat pelik, dia tengok apa?
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial dimana ceramah dihadiri pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Ia susulan aksi tokoh penceramah tersebut yang secara tiba-tiba memandang ke atas selama beberapa saat, yang disifatkan agak luar biasa.
Video tersebut menjadi tular selepas dikongsikan oleh seorang individu di akaun TikTok miliknya, @happysokm0o pada Selasa.
Menurut individu berkenaan, video tersebut dirakam pada 7 Mac lalu ketika Ustaz Azhar hadir berceramah di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu.
“UAI tengok apa dekat atas tu semasa ceramah dekat masjid. Macam tengok kelibat benda je,” demikian kapsyen pada perkongsian video tersebut.
Difahamkan, sewaktu itu penceramah tersebut sedang menghuraikan mengenai sifat-sifat Allah SWT sebagai Pencipta, manakala makhluk pula merupakan ciptaan-Nya.
Semasa sedang asyik bercakap, tiba-tiba UAI dilihat memandang ke arah atas masjid secara tiba-tiba.
Momen tersebut berjaya dirakam oleh seorang individu yang mendakwa pandangan UAI pada waktu itu sama seperti melihat kelibat.
Tambah individu tersebut, dia turut melihat ke arah atas masjid namun tak nampak apa-apa.
Disebabkan itu timbul pelbagai tanda tanya dan persoalan di kalangan netizen.
Di ruangan komen ramai yang berdoa agar UIA sentiasa dilindungi Allah.
Malah ramai yang meluahkan kebimbangan sekiranya terjadi apa-apa kepada dirinya.
Sementara itu menerusi ruangan komen, individu berkenaan turut memaklumkan, dia turut menghadiri ceramah yang diadakan pada malam Nisfu Syaaban itu.
Pendakwah tersebut minggu lalu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai menerima rawatan kerana mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.
Beliau dibenarkan pulang tiga hari lalu selepas menerima rawatan.