Tips Berguna Cara Nak Handle Situasi Dari Tipu Longkai

Tips Berguna & Cara Nak Handle Situasi Dari Tipu Longkai

Bukan semua orang tahu bagaimana nak handle situasi selepas kemalangan berlaku. Ada yang trauma sehinggakan tidak boleh berfikir apa yang patut dilakukan ketika itu.

Sebab itu, ramai longkai (penarik kereta) yang cuba mengambil kesempatan terhadap pemandu yang terlibat dalam kemalangan.

Kalau nak tahu tips untuk elak kena tipu semasa kemalangan, jom baca bebenang yang dikongsikan oleh @AbudiAlsagoff di Twitter.

Menerusi posting berkenaan, terdapat beberapa tips dan cara yang perlu kita lakukan jika berlakunya sebarang kemalangan jalan raya.

  1. Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen itu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih.
  2. Cakap dekat dia yang anda cuma nak towing saja. Biasanya caj dalam RM200 saja.
    Tarik kereta anda ke balai terdekat mengikut kawasan kemalangan yang sepatutnya untuk buat laporan polis.
  3. Suruh longkai hantar ke bengkel panel yang buat repair. Pilih bengkel panel yang anda ada pengalaman, kalau tak ada pun tak apa call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.
  4. Claim 10% daripada owner bengkel.
    Cara-cara: Keesokan harinya, adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW atau Mercedes, total repair RM100,000 jadi anda boleh claim RM10K daripada tokey bengkel sebab anda dah bagi job dekat mereka.

*Sebab itu la longkai bergaduh dan berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.

Selain itu, hati-hati ada bengkel kuat menipu sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair saja.

Tambahan pula, hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Itu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia hanya pancing saja.

  1. Claim Loss Of Use.
    Anda layak menerima pampasan RM30 hingga RM50 sehari.

Katalah kereta anda berada dalam bengkel 30 hari, insuran akan berikan RM30 sehari.
Jadi, anda akan dapat RM900 selama kereta sedang dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.

Sumber

Baca: Adakah Orang Tua Tarik Tangan Masa Nak Cium Salam Itu Biadap? Ini Penjelasannya Dari Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *