Titik merah dan kuning pada tayar mempunyai maksud dan fungsi yang ramai tak tahu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Titik merah dan kuning pada tayar mempunyai maksud dan fungsi yang ramai tak tahu

Pernahkah anda melihat satu tanda berwarna merah atau kuning pada tayar kereta anda, terutama tayar yang baru ditukar atau baru dibeli? kadangkala tanda bukatan merah atau kuning ini akan pudar dengan cepat jika terkena air. Jika anda jarang membasuh kereta, tanda bulatan merah dan kuning ini akan kekal dengan lebih lama.

Jadi apa fungsi tanda merah dan kuning ini pada tayar kereta anda? Sebenarnya tanda bulat yang berwarna merah atau kuning ini dibuat oleh juruteknik di kilang pembuatan tayar bagi menandakan kawasan yang agak luar biasa lain daripada kawasan lain, tapi ia bukanlah bermaksud kawasan ini ada masalah kualiti.

Adalah sangat mustahil untuk menghasilkan tayar yang sangat sempurna dengan bulatan yang memang bulat sepenuhnya. Jadi tanda bulat berwarna kuning dan merah ini dibuta bagi menandakan kawasan yang sedikit “lari” daripada spesifikasi asalnya. Tanda ini akan digunakan oleh juruteknik di kedai tayar ketika memasang tayar baru pada kereta.

Tanda ini akan digunakan oleh juruteknik bagi memasang timah pengimbang dengan tepat bagi proses tyre balancing dengan tepat. Ini bagi memastikan tayar benar-benar seimbang dan tidak menyebabkan gegaran pada cesi kereta ketika dipandu.

Tanpa kewujudan tanda bulat merah dan kuning ini, adalah sukar bagi juruteknik mengimbang tayar baru setelah dipasang pada sport rim dengan cepat dan tepat. BIASANYA bahagian tayar yang paling kurang berat atau ringan akan dicop dengan tanda bulat berwarna kuning dan berada secara bertentangan dengan injap kemasukan udara.

Warna bulat merah pula ditanda pada bahagian tayar yang agak rata (flat spot)berbanding dengan bahagian tayar lain. Jika wujud 2 cop bulatan merah pada 1 tayar, maka faktor ini akan digunakan oleh juruteknik bagi mengimbangkan tayar dengan memasukkan faktor flat spot.

Jadi jika anda melihat tayar anda dicop dengan warna kuning atau merah, pertama jangan gelabah kerana tanda ini dibuat untuk juruteknik ketika memasang tayar dan bukannya untuk anda. Ini kerana tayar yang tidak seimbang akan menyebabkan anda memandu dengan tidak selesa, tayar cepat haus dan juga komponen lain seperti penyerap hentak cepat rosak.

Baca : Meremang bulu roma tengok, wanita dapat duit kertas tertulis ayat-ayat mantera diatasnya

Leave a Comment