TerasMalaysia

Tragedi Tanah Runtuh : Mayat Mangsa Ke-25 Ditemukan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tragedi Tanah Runtuh : Mayat Mangsa Ke-25 Ditemukan

Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan malam tadi berada pada kedalaman 17 meter di bawah tanah di lokasi pencarian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mayat ditemui pada jam 10.49 malam selepas kerja pengorekan tanah dilakukan oleh jengkaut (excavator).

Sumber : Google Image

“Dalam operasi sebelum ini, jentera mengorek kira-kira 12 meter runtuhan tanah dan berhenti selepas menemui batu besar di tanah.

“Ketika itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menyangkakan sudah berada di tanah asal, namun pengiraan tanah dilakukan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mendapati tanah tertimbus masih dalam lagi.

“Oleh itu, pengorekan tanah diteruskan semula sehingga kedalaman lima meter dan menemui mayat kanak-kanak terbabit di sebalik batu besar,” katanya dalam sidang media di lokasi, hari ini.

Sumber : Google Image

Mengulas lanjut, Hafisham berkata, misi SAR disambung semula pada jam 8 pagi ini dan pihaknya yakin akan menemui mangsa lain di kawasan berdekatan susulan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun, operasi yang memasuki hari keenam hari ini membabitkan kekuatan 106 pegawai dan anggota iaitu berkurangan berbanding 135 anggota sebelum ini.

Ditanya mengenai jumlah anggota SAR yang dikurangkan, beliau berkata, keadaan tanah yang lembut dan berair dikhuatiri berisiko kepada pasukan keselamatan sekiranya jumlah keanggotaan yang ramai di lokasi selain lebih memfokuskan kepada penggunaan jentera berat.

“Kita menggunakan teknik menebang pokok dan meletakkan kayu di kawasan pengorekan. Kerja pengorekan dilakukan dalam keadaan bahaya kerana air membuak keluar.

“Kita terpaksa menghentikan operasi. Jika pasukan ramai pasti membahayakan. Jadi hari ini kita akan mengehadkan pergerakan masuk di lokasi,” katanya.

Selain itu, katanya, anggota keselamatan turut ditugaskan di lokasi untuk memantau keadaan tanah dan sekiranya ada pergerakan atau gelinciran tanah, mereka akan membunyikan siren.

Beliau berharap orang ramai mendoakan keselamatan pasukan SAR dan berharap baki lapan mangsa yang hilang dapat ditemui hari ini.

Sumber

Nasib 8 Stadium World Cup 2022 Qata

Leave a Comment