Tragedi Tanah Runtuh Mayat Mangsa Ke 26 Ditemui Berpelukan Dengan Anjing

Tragedi Tanah Runtuh : Mayat Mangsa Ke-26 Ditemui Berpelukan Dengan Anjing

 Mayat seorang lelaki yang ditemukan berpelukan dengan seekor anjing dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor,Hafisham Mohd Noor berkata identiti mayat individu lelaki dewasa terbabit belum dikenalpasti.

“Yang kita jumpa berpelukan dengan seekor anjing dan seekor lagi berada di sekitar dia lah,seekor lagi kita tak jumpa,”katanya pada sidang media di lokasi mencari dan menyelamat di lokasi terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

“Mayat dikenalpasti lelaki dewasa tetapi kita (polis) belum kenalpasti bangsa dan umur mangsa.

“Proses bedah siasat mayat mangsa akan dilakukan manakala bangkai dua anjing diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di lokasi hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga belum mengenalpasti mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui malam tadi.

Terdahulu, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan di Sektor C (River Side) pada jam 11.15 malam manakala mayat lelaki dewasa ditemukan di Sektor B (Farm View) pada jam 11.16 pagi ini.

Tragedi Tanah Runtuh : Mayat Mangsa Ke-25 Ditemukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *