TerasMalaysia

Trend baru di Tiktok, tagih gift masa buat live sampai orang ramai gelar pengguna ini ‘pengemis moden’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Trend baru di Tiktok, tagih gift masa buat live sampai orang ramai gelar pengguna ini ‘pengemis moden’

Mulai dipopularkan oleh selebriti negara luar, siapa sangka sebuah lagi trend menjadi ikutan pengguna TikTok tempatan. Berbeza dengan trend sebelum ini yang menggunakan suara atau meniru tarian, aksi yang dinamakan sebagai non-player character (NPC) pada kali ini sering kali dijayakan menerusi TikTok Live.

Dengan hanya melakukan pergerakan-pergerakan NPC pengguna-pengguna TikTok dapat menghasilkan income yang lumayan daripada live yang mereka buat di TikTok.

Menerusi trend NPC, seseorang atau dua individu akan beraksi seakan sesebuah karakter anime atau adiwira serta menunjukkan reaksi setiap kali menerima gift.

Di sebalik perkongsian untuk berhibur ribuan penonton setiap kali melakukan live, terdapat netizen yang mendakwa tindakan yang dilakukan seolah menagih gift daripada orang ramai.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat skil dan dedikasi yang ditunjukkan berjaya membolehkan golongan ini menunggang trend yang sedang viral bagi meraih jumlah gift yang banyak.

Meraih jumlah gift yang tinggi membolehkan individu-individu ini meraih keuntungan menerusi live yang dijalankan.

Sumber

Baca : Kecoh satu media sosial, Nur Sajat dicekup polis Australia, tuan badan buka mulut respon isu yang tular

Leave a Comment