TerasMalaysia

TS Muhyiddin Yassin akhirnya ‘AKUR’, Setuju Pembentukan Kerajaan Perpaduan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya akur dan bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan seperti mana yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Menurut laporan Malaysia Kini, PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

“Dengan kerajaan persekutuan diterajui oleh PH, PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen.
“Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip prihatin, bersih dan stabil,” katanya.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin turut menyeru kepada barisan PN serta penyokong untuk terus bersatu bersama-sama dalam membangunkan negara tercinta.

“Bergerak kehadapan, semua pihak perlu cekal dan ikhlas meneruskan perjuangan melalui wadah Perikatan Nasional walau apa rintangan dan cabaran pasca PRU-15.
“PN percaya bahawa para penyokong serta jentera parti akan terus istiqamah berpegang teguh kepada asas perjuangan parti demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Kini

Leave a Comment