TerasMalaysia

Tuala wanita sana-sini, makanan tidak dibuang dan basuh, hos AirBNB kecewa penyewa ‘lepas tangan’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tuala wanita sana-sini, makanan tidak dibuang dan basuh, hos AirBNB kecewa penyewa ‘lepas tangan’. Betul kata orang, tidak semua manusia atas muka bumi ini mempunyai common sense. Seperti kisah yang dikongsi pengguna Facebook baru-baru ini di mana dia menceritakan tentang tetamu Airbnb miliknya.

Menerusi hantaran itu, dia memuat naik beberapa gambar yang menujukkan keadaan rumahnya sebelum dan selepas ia disewa oleh seorang customer selama 3 bulan.

Jelasnya, setiap bulan dia akan memberikan servis pembersihan kepada pelangganya itu dan pada kali pertama kerja membersihkan rumah, dia sempas menegur agar kebersihan sentiasa dijaga.

Tuala wanita sana-sini, makanan tidak dibuang dan basuh, hos AirBNB kecewa penyewa 'lepas tangan'

Namun, ketika tiba masa untuk checkout selepas tamat tempoh sewaan, dia kecewa melihat keadaan rumahnya yang bersepah dan kotor.

Sebelum check out kami ingatkan supaya tinggalkan rumah seperti keadaan asal. Tapi bila kami masuk untuk cleaning, keadaa sangat-sangat teruk.”

Boleh dilihat pada gambar yang dikongsi, rumah tersebut bersepah dengan sampah merata-rata, sisa makanan dibiarkan dalam sinki dan peti ais malah katanya sampah dan tuala wanita yang dah dipakai juga tidak dibuang.

Tambahnya pelanggan terbabit enggan membayar kos pembersihan dilakukan tetapi nasib baiklah hos Airbnb dilindungi dengan insurans jadi mereka dibayar oleh Airbnb selepas menunjukkan bukti gambar serta video.

BACA:
“Selama 3 tahun aku kahwin dia layan aku macam permaisuri, benda ni terbongkar masa aku jaga dia ketika dia diserang strok”
“Bertungkus lumus aku cari duit nak halalkan dia, lepas malam pertama aku tanya dia, jawapan dia buat aku runsing”
Gadis kongsi resepi baharu di Tiktok, guna ikan keli sebagai bahan dalam agar-agar

Leave a Comment