Tuan rumah bengang dengan penyewa, tinggal rumah macam sarang tikus, penuh dengan sampah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tuan rumah bengang dengan penyewa, tinggal rumah macam sarang tikus, penuh dengan sampah

Rumah sewa seharusnya dijaga dengan baik dan pulangkan kepada tuan rumah juga dalam keadaan baik dan bukannya bersikap kejam dan pengotor sehingga menyusahkan banyak pihak.

Terbaru, sebuah video tular di TikTok yang memaparkan luahan seorang tuan rumah apabila bilik yang disewanya dalam keadaan yang begitu teruk.

Perkongsian @nooraticanordin itu membuatkan ramai yang turut mual dan pelik bagaimana penyewa itu boleh tinggal dalam keadaan yang sebegitu rupa, difahamkan bilik yang disewakan itu terletak di Johor Bahru.

Kelihatan dalam video itu sampah seperti botol air dan kertas-kertas dibiarkan bergelimpangan sehingga membuatkan tuan rumah itu sukar untuk berjalan.

Malah, pendingin hawa yang ada di bilik berkenaan turut berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak dijaga dengan baik.

Perkongsian videonya itu membuatkan ramai netizen jijik dan menjengah ke ruangan komen ada juga tuan rumah lain yang ditimpa nasib hampir sama.

Malah, ada juga netizen yang menyarankan tuan rumah itu untuk melakukan perjanjian agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Sumber

Baca : Lelaki ini diberhentikan majikan gara-gara selalu hilang dan duduk dalam tandas terlalu lama

Leave a Comment