Tuan Speaker terima surat dari 4 ahli Parlimen Bersatu, minta tukar tempat duduk di Dewan Rakyat.
EMPAT Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon menukar tempat duduk mereka di Dewan Rakyat, kata Yang di-Pertuanya, Datuk Johari Abdul.
Menurut Johari, beliau menerima surat berhubung perkara berkenaan daripada keempat-empat ahli Parlimen itu pada Khamis.
Mereka adalah ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; ahli Parlimen Gua Musang, Azizi Abu Naim, ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman dan ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Bercakap dalam sidang media di Parlimen pada Khamis, Johari berkata beliau akan melihat aturan dalam Dewan Rakyat sebelum membuat keputusan.
Tambahnya, undang-undang antilompat tidak terpakai kerana mereka hanya mengisytihar menyokong pentadbiran Anwar.