Tukar kad pesara ATM masa mengeluarkan duit, sepasang pasangan ‘kantoi’ berjoli
Tular di media sosial berkenaan video satu pasangan suami isteri yang dipercayai menggunakan kad ATM di sebuah kedai telekomunikasi.
Menerusi perkongsian yang tular tersebut pasangan itu dikatakan telah memperdaya seorang pesara warga emas sewaktu di mesin ATM dengan berpura-pura ingin membantu mengeluarkan kad yang tersekat.
Warga emas berusia 62 tahun itu tidak menyedari kehilangan kad bank tersebut dan tidak mengetahui bahawa kad yang berada dalam simpanananya adalah palsu.
Menurut laporan polis, dalam kejadian yang berlaku jam 10 pagi, 25 Mac itu mangsa berada di sebuah Bank Rakyat, Banting untuk mengeluarkan wang dari akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
Namun kad bank miliknya tersekat ketika ia dimasukkan ke dalam mesin ATM sebelum dibantu oleh seorang lelaki yang berada di belakangnya.
Lelaki itu bagaimanapun dipercayai mempunyai niat yang tidak baik apabila dia didakwa bertindak menukar kad mangsa dengan kad palsu tanpa disedari oleh warga emas berkenaan
Warga emas itu kemudian telah pergi ke beberapa bank untuk mengeluarkan wang miliknya namun usahanya itu menemui jalan gagal. Dia kemudian datang ke BSN cawangan Banting untuk membuat pemeriksaan pada 27 Mac dan pihak bank memaklumkan wangnya telah dikeluarkan.
Terdapat beberapa transaksi yang dilakukan oleh individu berkenaan bermula 25 Mac hingga 27 Mac yang berjumlah RM46,000.
Apa yang lebih memeranjatkan, anak lelaki kepada warga emas itu turut mendapati individu terbabit membuat transaksi dalam talian sebanyak RM3,700 dipercayai untuk membeli sebuah telefon bimbit jenama iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Klang, Selangor.
Warga emas dikenali sebagai Baharudin kemudian membuat laporan polis pada 27 Mac dan 28 Mac selain meminta agar diberikan kebenaran untuk melihat rakaman CCTV dari bank dan kedai telekomunikasi tersebut.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan kelihatan pasangan suami isteri bersama seorang kanak-kanak sedang membeli telefon bimbit di kedai berkenaan. Malah lelaki berbaju hitam itu turut dilihat memasukkan nombor pin kad sebelum isterinya mengambil kad dan resit berkenaan.
Melihat di ruangan balas ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut dan menyatakan ia satu teknik penipuan yang sudah lama dipraktikkan.