Tular DiTiktok Brother Ni Samakan Sains Dengan Dajjal Netizen Masuk Sekolahkan Balik

Tular DiTiktok ‘Brother’ Ni Samakan Sains Dengan Dajjal, Netizen Masuk Sekolahkan Balik

Ilmu sains misalnya, yang merupakan ilmu fardhu kifayah bukan menjadi penghalang umat Islam tetapi menjadi jambatan dalam membantu kehidupan manusia. Bagaimanapun, kehebatan ilmu sains tidak setanding dengan kehebatan dan kebesaran Allah SWT yang merupakan pemilik segala ilmu.

Baru-baru ini, kecoh diTiktok seorang pengguna TikTok @ezzul_harris telah berkongsi sebuah video dimana dia mendakwa bahawa ilmu sains yang dibelajar di sekolah adalah sihir.

Menerusi video tersebut, lelaki itu juga mengatakan bahawa pelajari sains boleh merosakkan akidah. Tambahnya, di akhir zaman Dajjal akan datang dengan sihir hebat iaitu teknologi advanced.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna TikTok tersebut dimana dirasakan tidak masuk akal.

Segelintir netizen juga berseloroh mengatakan bahawa rupanya mereka penyihir kerana belajar sains dan para netizen turut mempersoalkan pengguna TikTok tersebut daripada mana dia belajar sehingga boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Makna nya aku ni penyihir A+ ke. .sbb sains dpt A+ . .” – Netizen

Sumber

Baca : Ibu Bakar Anak Baru Lahir Sampai Hangus Sebab Dituduh Bukan Anak Dari Benih Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *