Tular Video Budak Main Tekan Pesanan Mcd Macam Main ‘Game’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tular Video Budak Main Tekan Pesanan Mcd Macam Main ‘Game’

Satu video tular baru-baru ini mengenai dua orang kanak-kanak sedang seronok bermain mesin pesanan layan diri di salah satu cawangan McDonald’s.

Mereka dilihat berseronok menekan mesin itu sesuka hati sehingga jumlah makanan yang dipesan melebihi RM17,000. Kedua-dua kanak-kanak itu dilihat seperti ‘bersaing’ untuk membuat melihat siapa yang berjaya mengumpul ‘mata’ lebih banyak.

https://www.tiktok.com/@rmdhn_._/video/7181868462854229275?embed_source=121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_masking&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=www.thevocket.com%2Fbuat-pesanan-main-main-di-mcdonalds-hingga-rm17000-netizen-nasihat-ibu-bapa-pantau-kelakuan-anak%2F&referer_video_id=7181868462854229275

Rata-rata netizen tidak setuju dengan aksi kanak-kanak itu. Mereka berkata skrin untuk memesan makanan bukan tempat permainan dan ibu bapa sepatutnya tahu tentang perkara itu. Bukan sahaja tindakan itu menyusahkan orang lain yang mahu membuat pesanan, malah ada kemungkinan mesin kiosk pesanan itu boleh rosak kerana ditekan tanpa henti.

Semuanya nampak seronok sehinggalah terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jadi, moga ibu bapa di mana pun mereka berada, pantaulah anak-anak supaya tidak buat sesuatu yang akan menyusahkan urusan orang lain.

Kanak-Kanak Dianiaya Oleh Ibu Bapa Hingga Menyebabkan Kecederaan

Leave a Comment