TerasMalaysia

Tular video di media sosial menyaksikan sekumpulan lelaki berzikir di Makam Tok Kenali, jadi tanda tanya ramai orang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Tular video di media sosial menyaksikan sekumpulan lelaki berzikir di Makam Tok Kenali, jadi tanda tanya ramai orang

Tular satu video menyaksikan tindakan sekumpulan lelaki berzikir dengan kuat dan lantang sambil mengelilingi Makam Tok Kenali, Kota Bharu.

Susulan itu orang ramai bimbang sekiranya kumpulan tersebut melakukan amalan yang menyimpang daripada agama.

“Amalan apa ini, boleh tak tolong terangkan kepada saya? Tolong bagi pencerahan,” tanya lelaki yang memuat naik video tersebut di laman TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna terutamanya yang tinggal berdekatan dengan Makam Tok Kenali mengakui amalan tersebut merupakan perkara biasa.

“Rumah saya dekat dengan Makam Tok Kenali ini. Kadang-kadang, malam pukul 12 hingga 1 pagi pun masih ada orang berzikir macam ini. Sudahlah ramai, kuat pula tu,” kata seorang pengguna.

“Saya percaya yang datang ini bukan warganegara Malaysia. Kalau lihat van pun kita tahu mereka datang dari Thailand,” kata seorang lagi pengguna.

“Dalam kalangan ahli keluarga saya, abang saya sangat taksub dengan Tok Kenali sampai gantung gambar di rumah. Dia kata, dia belajar semua ini di pondok,” kata Atika.

Menurut sebuah video yang dimuat naik oleh Pengerusi Pondok Tok Kenali, juga cicit Tok Kenali, Ustaz Hafiz Hukmi di laman TikToknya, dia menasihatkan orang ramai yang datang mengunjungi Makam Tok Kenali agar menjaga adab dan akhlak masing-masing.

“Sekiranya kita beradab, mengikut saranan para alim ulama, tidak akan timbul lagi fitnah sebegini dalam kalangan masyarakat.

“Jangan sesekali lakukan amalan yang khilaf dari segi agama, takut menjadi fitnah. Ini bukan ajaran Tok Kenali,” katanya dalam video sama.

Sumber

Baca : Kecoh satu kampung, penduduk terjumpa buncut seperti pocong di tepi empangan, mengandungi gambar dan baju

Leave a Comment