Tular video gadis buat perbandingan dengan bahasa Malaysia yang 1 pun tidak diguna pakai seharian

Tular video gadis buat perbandingan dengan bahasa Malaysia yang 1 pun tidak diguna pakai seharian. Seorang wanita berasal dari Indonesia telah menerima kecaman daripada rakyat Malaysia atas cubaan beliau untuk membuat jenaka dengan Bahasa Malaysia.

Wanita terbabit telah memuat naik satu video di laman TikTok dengan membandingkan beberapa perkataan Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

“Di Indonesia, kita kata belok kanan, belok kiri. Di dalam bahasa inggeris, kita sebut turn right, turn left. Dalam Bahasa Malaysia, mereka kata, pusing kanan, pusing,” katanya sambil ketawa.

Tular video gadis buat perbandingan dengan bahasa Malaysia yang 1 pun tidak diguna pakai seharian

Beliau juga membuat beberapa perbanding yang tidak tepat antaranya beliau berkata bahawa rakyat Malaysia memanggil pengawal keselamatan sebagai penunggu maling dan hantu pocong digelar sebagai hantu bungkus di Malaysia.

Kenyataan beliau yang dimuat naik di laman TikTok itu kemudiannya tular di Twitter dengan kebanyakan netizen mengecam kenyataan tidak tepat beliau.

“Apabila anda cuba membuat jenaka bahasa negara orang tetapi semuanya salah. Guna google translate ke?” Kata seorang netizen di Twitter.

Sebenarnya perbandingan salah yang cuba dimainkan oleh netizen Indonesia ini telah berlaku lama.

Dalam satu hantaran yang dibuat pada 2014, seorang netizen Indonesia menyampaikan maklumat salah mengenai perbandingan suku kata di Indonesia dan Malaysia.

Kebanyakan suku kata yang dinyatakan oleh rakyat Indonesia tidak pernah digunakan di Malaysia.

Tambahan daripada itu, tiada seorang rakyat Malaysia yang gunakan ‘bilik merenung’ untuk merujuk ‘tandas’.

BACA:

Tular Video Orang Islam Berarak Masa Thaipusam, Ini Jawapan Padu Mufti

Power Adik MZ Ni! Dikir Boleh Nyanyi Pun Boleh, Ramai Orang Puji Dia

Gara-Gara Omi, Wanita Kena Rogol Dan Dikurung Dalam Kedai Runcit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *