
Tular Video Juru Nikah ‘Sound’ Orang Main Lato-Lato Masa Akad Nikah Disebuah Majlis – “Kan Dah Malu”
Permainan lato-lato adalah merupakan salah satu permainan tradisional yang kembali tular pada masa kini. Permainan ini berjaya menarik minat kanak-kanak dan juga orang dewasa. Bahkan, di negara jiran, ada pelbagai jenis pertandingan di anjurkan bagi meraikan peminat mainan viral ini.
Pada mulanya, permainan lato-lato ini mula tular di Indonesia sebelum ‘merebak’ ke Malaysia. Terdapat beberapa nama lain lato-lato yang turut dikenali, antaranya ialah tek-tek, tok-tok, kato-kato, clackers dan sebagainya. Namun, bunyi bising alat itu telah menyebabkan ramai yang tidak selesa.
Seperti video yang tular baru-baru ini, dimana seorang jurunikah di Indonesia selamba menegur tetamu bermain lato-lato kerana terganggu masa bacakan akad nikah telah mencuri tumpuan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebaik saja jurunikah membacakan akad, dia menyebut “lato-lato diam” berulang kali. Hal itu disebabkan dia terganggu dengan bunyi tetamu bermain lato-lato dengan kuat.
Sebaik saja teguran dengan nada tegas dibuat menerusi mikrofon, bunyi lato-lato yang mengganggu majlis tersebut akhirnya senyap dan jurunikah segera meneruskan upacara itu.
Situasi itu menyebabkan orang ramai bersetuju dengan tindakan jurunikah yang berani menegur tindakan individu berkenaan secara terbuka demi kelancaran majlis akad nikah.
Tidak kurang juga yang mengatakan ketaksuban seseorang terhadap permainan lato-lato perlu dikawal agar perkara sama tidak berulang lagi.
Baca : Auntie India Ini Melatah Dalam Loghat Perak Buat Netizen Kagum