Tular video pencuri suruh kanak kanak ambil telefon dalam kedai bukan miliknya kesian budak tu tak berdosa

Tular video pencuri suruh kanak-kanak ambil telefon dalam kedai bukan miliknya, “kesian budak tu tak berdosa”

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki yang tergamak memperalat kanak-kanak demi kepentingan sendiri. Budak malang itu dijadikan mangsa untuk melakukan perbuatan jenayah.

Menerusi satu video yang tular, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai menunjukkan seorang lelaki kelihatan mundar-mundar di hadapan premis.

@eliteantmlbb

AWAS KEPADA IBU BAPA‼️‼️ PENCURI MANIPULASI KANAK-KANAK UNTUK MENCURI‼️‼️KEJADIAN DI KUCHING / SARAWAK #ITU

#BUKAN#ANAK#DIA#SUDAH#BUAT#LAPORAN#POLICE#PENCURI#MANUPULISA#KANAK#UNTUK#MENCURI

♬ original sound – EliteAnt MLBB – EliteAnt MLBB

Tiada seorang kakitangan yang dilihat dalam rakaman CCTV dan terdapat rantai panjang yang menutup laluan masuk ke kedai, kemungkinan staf keluar ke tandas atau berehat.

Hanya berdiri di luar kedai, pemuda tersebut memanggil seorang kanak-kanak lelaki untuk mendekatinya.

Dia kemudian berkata sesuatu kepada budak berkenaan sebelum menolaknya secara perlahan-perlahan ke dalam premis dengan mengangkat rantai.

Lelaki tersebut kemudian memberi isyarat supaya kanak-kanak itu mengambil sesuatu di atas kaunter.

Seperti mendengar arahan, budak itu mengambil telefon bimbit di kaunter dan menyerahkannya kepada lelaki berkenaan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dia sesekali memusingkan badannya mungkin untuk meninjau keadaan di sekeliling.

Ternyata taktik lelaki itu menjadi apabila kanak-kanak malang itu terus menyerahkan telefon kepadanya seolah-olah dialah pemiliknya.

Dalam keadaan terpinga-pinga, budak tersebut ditinggalkan, manakala lelaki berkenaan terus beredar.

Menurut pengguna TikTok yang memuat naik rakaman itu, kejadian dipercayai berlaku di Kuching di Sarawak.

Tanpa memaklumkan tarikh kejadian, dia bagaimanapun memaklumkan laporan polis telah dibuat.

“Awas kepada ibu bapa! Pencuri manipulasi kanak-kanak untuk mencuri,” tulisnya sambil menegaskan kanak-kanak itu bukanlah anak lelaki berkenaan.

Sebagai peringatan, ini merupakan perbuatan jenayah, bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut dilarang dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan lelaki itu yang sanggup mempergunakan budak kecil untuk mencuri.

Dalam pada itu, netizen turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau setiap pergerakan anak-anak mereka terutama di rumah.

Sumber

Baca : Malu-malu kucing ‘brother’ ni lepas kamera siaran langsung solat jumaat hala dekat muka dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *