TerasMalaysia

Ulama Jordan, Syeikh Muhammad Naim Yasin Meninggal Dunia

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ulama Jordan, Syeikh Muhammad Naim Yasin Meninggal Dunia

Ilmuan Fiqh terkemuka Jordan, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin dilaporkan meninggal dunia pada malam tadi, selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Khabar duka itu dikongsikan di laman rasmi Facebooknya yang memaklumkan bahawa almarhum kembali menghadap Ilahi dengan keadaaan tenang.

Difahamkan, solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Mohammed Abu AlHaj Altilawy, Amman di Jordan selepas solat Asar (waktu tempatan).

Untuk rekod, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin memiliki dua ijazah sarjana muda iaitu bidang syariah dan undang-undang yang dari Universiti Damsyik, Syria.

Beliau juga mempunyai dua ijazah sarjana (Master) dari Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Fiqh Muqaran (fiqh perbandingan) dan undang-undang di Universiti Kaherah, Mesir.

Beliau menamatkan bidang pengajiannya di peringkat doktor (PhD) dalam bidang Fiqh Muqaran (fiqh perbandingan) di Universiti Al Azhar, Mesir.

Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin merupakan ulama fiqh kontemporari antaranya berkaitan akidah, perubatan dan zakat serta terkenal di peringkat antarabangsa. Antara karya ilmiahnya yang terkenal ialah kitab Al-Iman.

Awas! KKM Beri Amaran Jangkitan Parasit Pemakan Otak, Elak Aktiviti Air Tawar

Leave a Comment