Uncle Ini Cuba Pecahkan Cermin Kereta Dengan Bata Diburu Polis

Uncle Ini Cuba Pecahkan Cermin Kereta Dengan Bata Diburu Polis

Baru-baru ini, tular satu insiden seorang warga emas bertindak mengugut seorang pemandu untuk memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan bata.

Dalam satu video berdurasi hampir 30 saat yang dimuat naik oleh Facebook PolisKL, seorang warga emas dirakam meluru ke arah kereta milik perakam video dengan penuh perasaan marah sambil meminta pemandu tersebut keluar daripada keretanya.

Bagaimanapun pemandu hanya terus merakam aksi warga emas itu, lalu menyebabkan dia menumbuk cermin dan mengetuk cermin kereta dengan batu bata yang dipegangnya.

“Polis Kuala Lumpur sedang mengesan individu-individu dalam kejadian tular di bawah.

“Mohon kepada individu terlibat tampil membuat laporan polis di mana-mana balai yang berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan,” petik kenyataan Facebook PolisKL.

Menurut pihak polis lagi, kejadian dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100, Kepong, Kuala Lumpur.

Sumber

Baca : Jijik! Pekerja Kedai Serbaneka Cuci ‘Microvawe’ Guna Mop Lantai Buat Netizen Kembang Tekak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *