’Uncle’ selamba nyanyi dan tarik lagu Ziana Zain, dah macam buat persembahan opera

’Uncle’ selamba nyanyi dan tarik lagu Ziana Zain, dah macam buat persembahan opera. Sebuah video yang dimuat naik di TikTok menjadi perhatian warganet apabila seorang lelaki berbangsa Cina sedang berkaraoke dengan menyanyikan sebuah lagu balada yang dipopularkan oleh penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji ‘Uncle’ itu kerana dapat menyanyikan lagu tersebut dengan penggunaan Bahasa Melayu yang baik walaupun mereka terhibur dengan gaya nyanyian yang kedengaran seperti persembahan opera Cina.

Uncle selamba nyanyi dan tarik lagu Ziana Zain dah macam buat persembahan opera

Selain itu, warganet juga kagum dengan lelaki berbangsa Cina itu apabila dia dengan berani dan yakin menyanyikan lagu Madah Berhelah yang disifatkan lagu yang sukar untuk dinyanyikan.

Warganet turut geli hati dengan gaya ‘selamba’ lelaki tersebut yang memakai baju berwarna kuning dan berseluar pendek namun dia dilihat sangat menghayati lagu tersebut. Warganet juga dengan berseloroh mengatakan lelaki itu pastinya peminat Ziana Zain.

@annie_767

♬ bunyi asal – annie_767

BACA:

5 buku ini bahaya untuk kanak-kanak, terdapat mesej tersembunyi dan agendanya

4 isteri dipanggil untuk potong tangkal dekat pinggang arwah suami, banyak kejadian berlaku

Ada side mirror tapi tak nak guna – Gelagat dua pelajar di tahan polis buat ramai terhibur

Leave a Comment