V Gara gara tunggu isteri lama sangat bergambar anak jadi mangsa gurauan bapa mereka

[V] Gara-gara tunggu isteri lama sangat bergambar, anak jadi mangsa gurauan bapa mereka

Ayah bila jaga anak biasanya lebih extreme dari si ibu. Kebiasaanya ayah-ayah memang suka menyakat anak.

Seperti sebuah video yang tular ini apabila gelagat dua orang lelaki bermain ‘tembak-tembak’ kerana bosan menunggu si isteri mengambil gambar lama sangat.

Menerusi perkongsian video daripada @marrrr_99, kelihatan dua orang lelaki itu sedang bermain tembak-tembak di sebalik kereta Toyota Alphard berwarna hitam.

Apa yang mencuit hati adalah apabila mereka menjadikan anak-anak sebagai ‘pistol’ untuk berperang. Si anak pula kelihatan pasrah melihat gelagat ayah mereka.

Rupa-rupanya, mereka sedang menunggu isteri masing-masing yang sakan bergambar di kedai makan itu.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka. Malah, ramai yang dapat relate dengan situasi apabila si ayah menjaga anak.

Sumber

Baca :Β Wang kertas RM1 lama dijual dengan harga RM1000, ini cara yang boleh diguna agar duit lama terjual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *