Video Aksi Si Adik Jemput Abang Balik Sekolah Cuit Hati Netizen

[Video] Aksi Si Adik Jemput Abang Balik Sekolah Cuit Hati Netizen

Jika anda mempunyai adik-beradik, ia merupakan rezeki yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Ada keberkatan yang perlu kita cari.

Dengan adik-beradik kita boleh berkongsi kasih sayang, membesar bersama-sama dan memperkukuh institusi kekeluargaan. Walaupun dilahirkan dalam satu rahim yang sama, setiap anak-anak itu mempunyai sikap yang berbeza-beza.

Namun, mereka tetap darah daging kita. Ketika kecil, dengan adik-beradiklah kita bergaduh, bermanja, merajuk, mengadu dan menangis bersama-sama. Jika adik buat salah, kita akan cuba menyokong mereka.
Jika makanan tak cukup, kita sanggup berkongsi. Janji rezeki tersebut dapat dikongsikan bersama-sama. Tidur dan belajar bersama-sama.

Sama juga dengan adik-beradik ini apabila video mereka tular di TikTok baru-baru ini. Video tersebut memaparkan serorang adik perempuan menjerit panggil abang di depan sekolah telah mencuri tumpuan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan dan ibunya sedang menunggu untuk menjemput abangnya di depan pintu sekolah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat berdiri sambil memegang beg tangan berwarna merah di depan pintu sekolah.

Lebih melucukan lagi adalah apabila dia dilihat teruja melihat abangnya dan menjerit memanggilnya berkali-kali. Di saat abang datang ke arah budak perempuan itu, abang dilihat memeluk adiknya.

“Kemain comel dia manjanya, suara abang pulak penyayang” – Netizen

Susulan tularnya video itu telah mendapar banyak tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu.

Sumber

[Video] Ngeri! Detik Cemas Yang Terjadi Kepada Pemandu Ini Dah Macam Adegan Dalam Final Destination

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *