TerasMalaysia

[Video] Baru Je Selesai Membuang. Sekali Ternampak Ada ‘Something’ Dalam Mangkuk Tandas

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

[Video] Baru Je Selesai Membuang. Sekali Ternampak Ada ‘Something’ Dalam Mangkuk Tandas

Fenomena ular masuk ke dalam kediaman bukan lah sesuatu perkara yang baru. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan dan panas yang tak menentu. Kalau terserempak, confirm semua bertempiaran lari.

Memang sampai kena panggil bomba ataupun Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk tangkap reptilia ni.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki berkongsi situasi ketika tandasnya dikunjungi seekor ular telah mencuri tumpuan ramai.

@ajedutainment

Pengalaman seram tahun 2022 yang tak boleh dilupakan, ular sawa betul-betul keluar dari lubang tandas baru lepas memerut, belum sempat mandi dah cabut lari oi.🤣

♬ Suara Musik Malam Seram – Rusli Ridwan

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia berkongsi situasi ketika tandasnya dimasuki dengan binatang berbisa itu.

Difahamkan, dia pada ketika itu baru sahaja membuang air besar. Sebaik sahaja selesai hajatnya, dia terlihat kelibat kepala ular sawa di dalam mangkuk tandas.

Situasi itu menjadi perbualan hangat netizen. Malah, mereka juga menyatakan situasi itu sama seperti dalam salah satu babak dari filem ular.

Namun selepas itu, mereka mengambil tindakan untuk menyerahkan situasi tersebut kepada pihak bomba untuk proses penangkapan ular tersebut.

@ajedutainment

Membalas kepada @iyeqalrudean awal2 panggil JPAM, dia respon lambat rupanya takde org boleh dtg. Bomba dah mai, siap suruh bancuh air panas+ garam tuang dalam mangkuk jamban. Sekali ularnya dh lesap dulu.

♬ I Don’t Belong Here – Cromok

Sumber

[Video] Para Suami Ini Buat Challenge Pakai Baju Isteri Mengundang Tawa

Leave a Comment