Video Budak Ini Panggil PM Macam Panggil Kawan Raih Perhatian Netizen

[Video] Budak Ini Panggil PM Macam Panggil Kawan Raih Perhatian Netizen

Gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang ingin bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuit hati ramai.

Mana tidaknya, kanak-kanak berkenaan yang tidak mahu melepaskan peluang mengabadikan kenangan bersama perdana menteri, hanya memanggil beliau dengan panggilan ‘Anwar’ sahaja.

“Anwar, ambil gambar jap,” kata kanak-kanak tersebut sambil berdiri di sebelah perdana menteri dan mula mengambil foto menggunakan telefon bimbitnya.

Anwar yang terhibur dengan gelagat budak lelaki itu tidak menghampakan ‘peminat ciliknya’ dan spontan melayani permintaan tersebut.

Video insiden mencuit hati itu dikongsikan oleh wartawan TV3, Khairul Rizuan Azizan menerusi laman Tiktok telah meraih banyak tontonan.

Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan yang sempat ditemui selepas insiden lucu tersebut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu mata dengan perdana menteri.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak lelaki berkenaan dan dalam masa yang sama memuji Anwar kerana ‘sporting’ melayani permintaan ‘peminatnya’.

Sumber

[Video] Gadis Melayu Kuasai Persembahan Tarian Singa Buat Ramai Bangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *