[Video] Burung Gagak Ini Tunduk Bila Cikgu Baca Ayat Kursi Raih Perhatian Netizen
Burung gagak seringkali disalah erti sebagai haiwan pengotor, perosak sampah, pemakan bangkai malah dikaitkan dengan ilmu hitam. Namun tahukah anda, gagak merupakan salah satu haiwan yang dikategorikan sebagai bijak selepas beberapa eksperimen dijalankan terhadap spesis ini.
Baru-baru ini, seekor burung gagak ditemui di kawasan persekolahan ini mendapat perhatian guru-guru di sekolah. Video yang tular juga mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video berkenaan, kelihatan burung gagak sedang hinggap di koridor kawasan depan pejabat guru di sebuah sekolah.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila burung tersebut dilihat sangat jinak dan mengikuti saja apa perminataan guru-guru di situ. Lebih melucukan lagi, salah seorang guru dilihat sempat bergambar dengan burung gagak itu.
Guru tersebut juga dilihat membacakan ayat Kursi pada ketika itu. Burung gagak itu kemudian dilihat menunduk seolah-olah memberikan kepalanya kepada guru itu.
Video tersebut telah mendapat banyak tontonan di TikTok, dan rata-rata netizen kagum melihat kepandaian burung tersebut.