[Video] Gadis Melayu Kuasai Persembahan Tarian Singa Buat Ramai Bangga
Berdasarkan kepercayaan kaum Cina, tarian singa bukan hanya sekadar untuk menghibur, sebaliknya dipercayai mampu membawa tuah pada masa akan datang. Ini kerana, sudah menjadi kepercayaan kepada masyarakat kaum Cina bahawa dengan mengadakan tarian singa ia dipercayai mampu membawa tuah dan rezeki kepada mereka selain ia merupakan tarian tradisional masyarakat cina.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuatnaikkan oleh @ahpeng2830 memaparkan sebuah persembahan tarian singa yang diadakan di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti lokasinya.
Persembahan yang ditunjukkan itu menarik perhatiannya kerana ia dikendalikan oleh seorang gadis Melayu. Situasi itu membuatkan orang ramai berasa kagum.
Tarian yang dibawanya juga tidak menunjukkan kekurangan. Malah, mendapat pujian dari warganet dek kerana tarian ini bukanlah suatu tarian yang mudah untuk ditunjukkan. Rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
[Video] Wanita Ini Berkongsi Momen Berselisih Dengan Suaminya Di Atas Awan