TerasMalaysia

[Video] Gara-Gara Tangan Tersangkut Dalam Mesin Telur Mainan, Budak Ini Bertuah Dihadiahkan Semua Telur Mainan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

[Video] Gara-Gara Tangan Tersangkut Dalam Mesin Telur Mainan, Budak Ini Bertuah Dihadiahkan Semua Telur Mainan

Gara-gara mahu mengambil permainan telur, seorang kanak-kanak dipercayai warga asing bertindak memasukkan tangannya ke dalam lubang mesin telur mainan. Akibat tindakannya itu, tangannya tersangkut di dalam mesin tersebut dan terpaksa menahan sakit akibat jarinya tersepit.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @emypokni, kelihatan dia merupakan salah seorang ahli bomba yang datang untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak itu. Pihak mereka mendapat panggilan dari bilik gerakan berhubung kes terbabit.

“Sebaik tiba, tangannya sudah tersepit di mesin itu. Setelah memikirkan cara terbaik untuk melepaskan tangan tanpa mencederakannya, akhirnya kami memutuskan untuk memecahkan mesin telur itu.

“Pada akhirnya, kanak-kanak terbabit mendapat kesemua telur dalam mesin yang diberi oleh pemilik kedai tersebut,” jelasnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, dia meminta orang ramai untuk mengawasi anak masing-masing agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Di ruangan komen, perkongsian gambar itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen TikTok yang rata-rata terhibur dengan insiden tersebut.

Sumber

Kecoh Satu Kelas! Kanak-Kanak Tersepit Kepala Dekat Kerusi Undang Cemas

Leave a Comment