[Video] Gelagat Geng Remaja Ini Pergi Drive-Thru McD Naik Kereta Berlampu Buat Netizen Tertawa
Ada-ada je idea pelik remaja zaman sekarang ni mencuit hati ramai yang melihatnya.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan gelagat sekumpulan remaja drive-thru di McDonald’s selamba menaiki kereta berlampu telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian video daripada @kimnattasha, kelihatan geng remaja itu sedang membuat pesanan di bahagian drive-thru McDonald’s.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila mereka bukan menaiki kenderaan biasa, tetapi dengan selamba naik kereta berlampu kelip-kelip.
Ada yang kata, mereka membawa kereta itu dari funfair sampai ke McD Tasik Titiwangsa. Ternyata, gelagat mereka telah membuat ramai terhibur.
Video tersebut telah meraih banyak tontonan dan komen-komen yang kelakar.
[Video] Cuma Perlukan 2 Bahan Ini Sahaja Untuk Bagi ‘Toilet’ Sentiasa Wangi