[Video] Gelagat Si Cilik Baca Doa Saat Mahu Jumpa Doktor Mencuit Hati Netizen
Adakah anak anda salah seorang yang takut nk jumpa doktor? Sebenarnya, ada beberapa penyebab fobia anak ini dan ia biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak lingkungan umur dua tahun ke atas.
Disebabkan itu, ramai ibu ayah bimbang untuk membawa ank berjumpa pakar pediatrik kerana risau pelbagai reaksi akan ditonjolkan mereka seperti menendang, menangis , berteriak, lari dan sebagainya.
Tetapi lain pula yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak ini. Baru-baru ini, tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki lingkungan umur setahun enam bulan yang menunjukkan dia seolah-olah membaca doa panjang sebelum berjumpa dengan doktor.
Video tersebut dimuatnaik oleh @teera.azhar, dimana dia berkongsi gelagat anak lelakinya semasa mahu berjumpa doktor.
Dapat dilihat kanak-kanak tersebut menunduk mukanya ke arah bawah seolah-olah seperti membaca doa.
Gelagatnya itu disedari oleh doktor berkenaan yang kemudian menegur kanak-kanak tersebut dan memberitahunya adakah dia sedang membaca doa kerana takut.
“Keras kaku kat situ. Betul takut tu” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi.
Baca: [Video] Momen Tersalah Sebut Nama Semasa Akad Nikah Ini Buat Ramai Ketawa