Video Ini Lah Yang Dikatakan Sambil Menyelam Minum Air Gelagat Remaja Ini Bikin Dekah

[Video] Ini Lah Yang Dikatakan “Sambil Menyelam Minum Air” – Gelagat Remaja Ini Bikin Dekah

Di saat remaja mesti akan ada kenangan indah yang tak dapat dilupakan. Dalam sahabat, mesti ada yang ‘tingtong’ atau ‘masuk air’.

Sama seperti sebuah video yang tular ini apabila gelagat seorang lelaki tolong cedokkan air balang untuk kawannya telah mengundang tawa ramai.

Menerusi perkongsian video daripada @marksuperr, kelihatan sekawan lelaki itu sedang melepak di belakang sebuah dewan.

Mereka dilihat seperti sedang berehat selepas selesai kerja. Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang lelaki meminta kawannya untuk mengambil secawan air oren di dalam balang berdekatan mereka.

Lebih menghiburkan, kawannya itu dengan selamba mencedok air sambil memasukkan sekali kepalanya ke dalam balang tersebut dan membuatkan kawan-kawan yang lain tergelak.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata turut terhibur melihat gelagat selamba lelaki itu bergurau dengan kawannya.

Sumber

[Video] “RM1 Mana Cukup” – Reaksi Merajuk Dan Perubahan ‘Mood’ Si Comel Ini Buat Netizen Terhibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *